Saturday, 23 February 2013
LAGI TANDA-TANDA GANGGUAN JIN ATAU SIHIR.
TANDA-TANDA KETIKA JAGA :
• Bercakap seorang diri dan ketawa tanpa sebab.
• Suara berubah ketika marah.
• Mudah hilang akal, kurang memahami sesuatu dan lemah ingatan.
• Berjalan terhoyong-hayang.
• Cara makannya menjijikkan.
• Berpaling daripada membaca Al -Quran, tidak berzikir dan tidak bersolat. Apabila ia hendak membaca Al Quran, berzikir atau bersolat seolah-olah ada sesuatu yang menghalang untuk berbuat demikian.
• Benci kepada bau-bauan wangi terutamanya kasturi dan za’ faran
• Pening yang tidak dapat diubati oteh ubat-ubatan (biasa)
• Bencikan rumahnya atau isteri atau suami atau ahli keluarganya.
• Sakit kepala atau selalu terlupa ketika solat.
• Tidak dapat memberi tumpuan kepada sesuatu. (tidak boleh fokus)
• Malas dan lemah badan (tanpa sebab).
• Denyutan jantung bertambah cepat tanpa sebab.
• Bercakap tidak keruan, tidak tersusun, bercakap yang bukan -bukan dan bertindak tidak tentu hala. Apabila syaitan berpaling daripadanya, anda dapati ia akan meminta maaf terhadap percakapannya atau tingkah lakunya.
• Sedih tanpa sebab atau kerana alasan yang remeh.
• Suka memisahkan diri daripada orang ramai kerana ia merasa seolah-olah semua orang memusuhinya dan anda dapati ia akan hilang kepercayaannya terhadap orang lain.
• Mengabaikan kerjanya, rumah, suami atau isteri dan sekolah atau pelajarannya
• Sakit tulang belakang ketika bangun dari tidur tanpa sebab-sebab kesihatan.
• Beberapa anggota badannya kebas tanpa sebab dan ia susah digerakkan kecuali dengan kepayahan yang amat sangat.
• Perjalanan haid wanita tidak teratur. Ada kalanya darah haid terhenti sama sekali sedangkan ia masih muda atau haidnya tidak teratur•

DEFINISI SIHIR
Sihir adalah perbuatan yang berkaitan dengan jin yang menyebabkan perubahan secara mendadak tanpa diketahui sebabnya.
juga merupakan perantaraan di antara tukang sihir dan syaitan yang mensyaratkan si tukang sihir tersebut agar melakukan perbuatan haram dan syirik di samping menyerahkan segala ketaatan kepadanya demi memperolehi bantuan dan pertolongan yang dihajatkan.
PUNCA SIHIR:
- Masalah perniagaan seperti berkedai, berjaja, kontraktor dan sebagainya.
- Putus pertunangan.
- Masalah pertunangan yang tidak ditunaikan.
- Rebutan pangkat kedudukan dalam masyarakat.
- Rebutan harta pusaka.
- Irihati dengan jiran-jiran sebelah.
- Cemburu, jahat sangka dan seumpamanya.
- Mencuba kehebatan ilmu.
- Mendapatkan keuntungan duniawi.
DOA PENDINDING |
MELINDUNGI DIRI DARIPADA GANGGUAN DAN SIHIR:
- Sentiasa berzikir dengan zikir yang diwariskan oleh naib s.a.w.
- Menyebut nama Allah dalam setiap pekerjaan.
- Menyebut nama Allah setiap kali masuk ke dalam tempat gelap.
- Jangan menyakiti binatang seperti anjing dan kucing.
- Jangan tidur bersendirian, jika terpaksa berwuduklah dan membaca doa sebelum tidur.
- Jangan membuang air kecil ke mana-mana lubang atau takungan air.
- Jangan membunuh ular yang masuk kedalam rumah sesewang-wenangnya.
- Jangan mendedahkan aurat kasar didalam rumah dan jangan selalu bersolek dan berhias kerana timbul rasa ghairah jin jantan terhadap wanita itu.
- Jangan membuang benda berat tanpa menyebut nama Allah.
KESAN AMALAN SYIRIK, KHURAFAT,SIHIR
Minda terkongkong
Apabila seseorang itu telah terjebat dan mengikuti ajaran sesat akan menyebabkan minda seseorang itu terkongkong malah tercetusnya perbuatan dan kelakuan yang tidak rasional kerana sifat ketaksuban mereka.
Lupa tanggungjawab terhadap keluarga
Mengikuti kumpulan ajaran sesat juga boleh menyebabkan seseorang itu lupa tanggungjawabnya terhadap keluarga kerana mempunyai sifat taksub dan melampau dalam beragama. Keluarga tidak terurus dengan sempurna sepertimana yang di amanahkan oleh Allah SWT dan keadaan ini juga boleh menyebabkan berlakunya keruntuhan institusi kekeluargaan itu sendiri.
Perpaduan tergugat
Perpaduan di dalam masyarakat juga akan tergugat ekoran ajaran sesat ini. Hal ini boleh terjadi kerana berlakunya keganasan dan tindas menindas sesama sendiri kerana masing-masing ingin menjadi kumpulan yang unggul dan mencari pengaruh.
Justeru itu, umat slam disarankan agar menjauhi golongan-golongan pelampau agama iaitu mereka yang berpendirian dan bertindak keterlaluan dalam beragama. Seperti pelampau syiah, wahabi atau salafi moden, Islam liberal dan lain-lain.
Bagi menjamin diri dan keluarga tidak terbabit dengan ajaran sesat, umat Islam jangan jemu mempelajari ilmu berkaitan Islam, kerana mereka yang berilmu tidak akan tersesat.
Tuesday, 12 February 2013
KHURAFAT SEBAGAI BUDAYA JAHILIAH
Masyarakat Jahiliah adalah sebuah masyarakat yang banyak menghayati budaya khurafat. Di antara khurafat mereka ialah mempercayai kepada arah burung yang berterbangan, memberi kesan kepada nasib mereka.
Orang-orang Arab Jahiliah apabila hendak mengerjakan sesuatu kerja atau sedang dalam perjalanan menuju sesuatu tempat tiba-tiba kedapatan burung yang melintasi mereka maka dikaitkan dengan sesuatu kepercayaan tertentu. Malah mereka meletak nama-nama tertentu pada keadaan burung yang melintasi mereka.
Dari nama-nama tersebut lahirlah tafsiran yang khusus ada bala dan bencana akan menimpa, ada tuah, ada keuntungan yang akan berlaku dan sebagainya dan mereka menggantungkan hal-hal tersebut sepenuhnya kepada keadaan burung tersebut. Masyarakat Jahiliah juga percaya bahawa jika burung hantu menghinggapi dan berbunyi di atas sesebuah rumah maka ertinya salah seorang dari penghuni rumah itu akan meninggal dunia. Kepercayaan sebegini mengakibatkan penghuni rumah akan berdukacita yang tidak terhingga kerana kematian akan menimpa.
![]() |
cth, amalan kurafat |
PENDAHULUAN
Assalamualaikum para hadirin yang mengunjungi blog kami. Kami amat menghargai para hadirin yang sudi membaca blog kami ini. kami merupakan pelajar jurusan perakaunan dari Kolej Matrikulasi Kedah. Dalam blog ini kami ingin menyampaikan serba-sedikit mengenai amalan syirik, khurafat dan sihir yang berlaku dalam kalangan masyarakat kita. Syirik ialah perbuatan menyekutukan ALLAH S.W.T dengan menyamakan pegangannya terhadap ALLAH S.W.T dengan sesuatu yang lain.Syirik ini terbahagi kepada dua iaitu syirik khafi dan syirik jali. Khurafat pula merupakan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama islam tetapi pada hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat.antara perbuatan khurafat yang masih diamalkan ialah seperti menpercayai kekuatan azimat dan mengunjungi kubur yang dianggap keramat. Sihir pula ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib, iaitu dengan bantuan syaitan atau jin bertujuan memudharatkan atau mengelirukan manusia. Contohnya seperti santau. Tujuan kami membuat tajuk ini adalah bagi memeberi kesedaran kepada masyarakat umum tentang betapa bahayanya perbuatan-perbuatan ini terhadap diri dan juga akidah kita. harapan kami agar blog kami dapat memberi kebaikan kepada para hadirin.
Firman Allah yang bermaksud "Bahawasanya, sesiapa yang menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah ke neraka "
Syirik jali boleh berlaku melalui salah satu daipada tiga keadaan iaitu,
1. Menerusi i'tiqat seperti meragui atau menafikan kewujudan Allah . Justeru, mana-mana fahaman yang meragui dan menafikan kewujudan Allah seperti fahamn komunis dan ateis adalah jelas syirik.
![]() |
cth, syirik jali |
3.Menerusi lidah atau perkataan seperti menghalalkan pekara haram dan mengaku keluar daripada agama islam. Perkataan seperti ini menyababkan terbatal shadah sesorang muslim.
Syirik khafi pula boleh berlaku seperti perbuatan riak di dalam beramal atau melakukan sesuatu perkara.
![]() |
cth, syirik khafi |
Subscribe to:
Posts (Atom)