Assalamualaikum para hadirin yang mengunjungi blog kami. Kami amat menghargai para hadirin yang sudi membaca blog kami ini. kami merupakan pelajar jurusan perakaunan dari Kolej Matrikulasi Kedah. Dalam blog ini kami ingin menyampaikan serba-sedikit mengenai amalan syirik, khurafat dan sihir yang berlaku dalam kalangan masyarakat kita. Syirik ialah perbuatan menyekutukan ALLAH S.W.T dengan menyamakan pegangannya terhadap ALLAH S.W.T dengan sesuatu yang lain.Syirik ini terbahagi kepada dua iaitu syirik khafi dan syirik jali. Khurafat pula merupakan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama islam tetapi pada hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat.antara perbuatan khurafat yang masih diamalkan ialah seperti menpercayai kekuatan azimat dan mengunjungi kubur yang dianggap keramat. Sihir pula
ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui
pertolongan makhluk ghaib, iaitu dengan bantuan syaitan atau
jin bertujuan memudharatkan atau mengelirukan manusia. Contohnya seperti santau. Tujuan kami membuat tajuk ini adalah bagi memeberi kesedaran kepada masyarakat umum tentang betapa bahayanya perbuatan-perbuatan ini terhadap diri dan juga akidah kita. harapan kami agar blog kami dapat memberi kebaikan kepada para hadirin.
No comments:
Post a Comment