Friday, 11 January 2013

Syirik

Syirik adalah perbuatan menyekutukan Allah dalam apa juga bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan dan iktiqad iaitu dengan menjadikan suatu yang lain iaitu makhluk bernyawa atau tidak sekutu bagi Allah.
Menyekutukan Allah jelas dianggap syirik apatah lagi perbuatan mengaku diri sebagai tuhan. Lebih mengundang bahaya apabila golongan ini ada di dalam masyarakat sama ada diketuai orang Islam atau bukan Islam.
Firman Allah yang bermaksud: “Bahawasanya, sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah ke neraka.” – (Surah al-Ma’idah, ayat 72)

Syirik ini terbahagi kepada dua: 


Definasi

Syirik  
  • menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat, dan af'alnya
  • terbahagi kepada 2 :      -syirik Jali  
                                               -syirik Khafi
    •  syirik Jali :   perlakuan syirik secara terang-terangan
    • syirik Khafi :     tidak meletakkan Allah sebagai yang mutlak dalam niat terutama dalam ibadat


Khurafat 
  •  kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep syariah dan tauhid


Sihir
  • ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib, iaitu dengan bantuan jin dan syaitan  bertujuan memudaratkan dan mengelirukan manusia

Thursday, 10 January 2013

PENDAHULUAN

Assalamualaikum para hadirin yang mengunjungi blog kami. Kami amat menghargai para hadirin yang sudi membaca blog kami ini. kami merupakan pelajar jurusan perakaunan dari Kolej Matrikulasi Kedah. Dalam blog ini kami ingin menyampaikan serba-sedikit mengenai amalan syirik, khurafat dan sihir yang berlaku dalam kalangan masyarakat kita. Syirik ialah perbuatan menyekutukan ALLAH S.W.T dengan menyamakan pegangannya terhadap ALLAH S.W.T dengan sesuatu yang lain.Syirik ini terbahagi kepada dua iaitu syirik khafi dan syirik jali. Khurafat pula merupakan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama islam tetapi pada hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat.antara perbuatan khurafat yang masih diamalkan ialah seperti menpercayai kekuatan azimat dan mengunjungi kubur yang dianggap keramat. Sihir pula ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib, iaitu dengan bantuan syaitan atau jin bertujuan memudharatkan atau mengelirukan manusia. Contohnya seperti santau. Tujuan kami membuat tajuk ini adalah bagi memeberi kesedaran kepada masyarakat umum tentang betapa bahayanya perbuatan-perbuatan ini terhadap diri dan juga akidah kita. harapan kami agar blog kami dapat memberi kebaikan kepada para hadirin.